Peribahasa

Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
Seia sekata; sehina semalu; bersama-sama menanggung untung dan rugi atau senang dan derita

Peribahasa

Seiring bertukar jalan, seia bertukar sebut
Kedua pihak semaksud dan sepaham, tetapi berlain cara melaksanakannya

Peribahasa

Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
Seia sekata; rukun

Peribahasa

Serumpun serai, selubang (seliang) bagai tebu (serumpun bagai serai, seikat bagai sirih)
Seia sekata; rukun sekali

Peribahasa

Tertelentang sama terminum air, tertelungkup sama termakan tanah
Seia sekata; sama-sama merasakan keberuntungan atau kerugian