Peribahasa

Berlurah di balik pendakian
Maksud lain yang tersembunyi

Peribahasa

Bertanam tebu di bibir
Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (memuji-muji dsb), tetapi mempunyai maksud yang kurang baik

Peribahasa

Bertukar jalan (sekandang tidak sebau, seia bertukar sebut)
Berlainan pendapat (caranya) meskipun maksudnya sama;

Peribahasa

Ikan biar dapat, serampang jangan pokah
Maksud sampai, perkakas pun tidak rusak

Peribahasa

Ikan biar dapat, serampang jangan pukah
Biar tercapai maksudnya, tetapi jangan ada sesuatu yg merugikan

Peribahasa

Ikhtiar menjalani untung menyudahi
Orang harus berusaha, jika ingin mencapai suatu maksud (tercapai atau tidaknya bergantung kepada nasib)

Peribahasa

Jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (ditanjakkan)
Menggunakan segala daya upaya untuk mencapai maksud